Ahad, 30 Disember 2012



  GURU KETUA PANITIA MATA PELAJARAN 
  Senarai tugas 

  • Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini. 
  • Bertanggungjawab mrnyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan mingguan. 
  • Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran . 
  • Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir sekolah dan PPD. 
  • Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk keperluan AJK jadual waktu. 
  • Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya. 
  • Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan–bahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah. 
  • Menentukan penggunaan alat bantu mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini. 
  • Penyelaras menyediakan soalan –soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas jawapan. 
  • Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak. 
  • Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki. 
  • Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan. 
  • Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancangkan oleh pihak sekolah. 
  • Membantu dalam melaksanakan PPJ akademik untuk peperiksaan . 
  • Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan yang diperlukan. 
  • Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan. 
  • Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran PPD,JPN,Kementerian Pendidikan dan lain-lain. 
  • Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik . 
  • Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan. 
  • Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya. 
  • Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan P&P. 
  • Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan luar seperti UPSR. 
  • Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat alat bantu mengajar diselenggarakan dengan baik.


PANITIA KH SK KESANG BINA 
PONDOK WAKAF UNTUK PELAJAR

Bermula pada 8hb Disember 2009 yang lalu, Panitia KH telah membina sebuah pondok wakaf berukuran 7 kaki lebar dan 9 kaki panjang ( 7X9 kaki ) di tepi padang sekolah berhampiran jejantas. Istimewanya pondok tersebut ialah dibuat dengan menggunakan 80% bahan  terpakai yang diperolehi daripada kayu terpakai daripada bangunan lama yang telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan sekolah baru. Pembinaan/ pembuatan pondok wakaf ini telah diketuai oleh Cikgu Ahmad Zamri Bin Kemat ( Guru Cemerlang KH ) dengan dibantu oleh 2 orang guru lain iaitu Cikgu Samsul Bin Salleh ( Guru Data/ KH ) dan Cikgu Huzaifah Bin Ismail ( Guru Muzik ). 

Peringkat awal pembinaan pondok ialah denagan memilih kayu/ beruti dan papan terpakai yang masih boleh digunakan lagi tanpa melibatkan kos pembelian barang yang tinggi. ( gambar kiri bawah - Cikgu Samsul sedang mengukur bahan projek untuk lantai pondok wakaf menggunakan papan lama.

Pembelian zing kilang gred biasa, kayu beruti 2X2 dan rabung zing telah menelan belanja sebanyak RM 264. Bahan-bahan selebihnya adalah menggunakan kayu terbuang/ terpakai

 
Pondok wakaf yang telah hampir siap
 
Cikgu Zamri sedang memperkemaskan lagi bahagian bawah bumbung dengan membina kipas-kipas/ lubang angin untuk memberikan sistem pengudaraan di persekitaran pondok.
 
Pembinaan rak buku untuk kemudahan pelajar membaca bahan-bahan bacaan juga disediakan oleh Cikgu Zamri  di pondok wakaf ini.( gambar bawah ) pondok yang telah siap dibuat oleh Cikgu Zamri dengan bantuan 2 orang rakan guru.
 
Beginilah rekabentuk pondok wakaf yang telah siap dibina pada 16 Disember 2009 oleh Cikgu Zamri dengan bantuan rakan-rakan guru ( Cikgu Samsul & Cikgu Huzaifah. Kos membuat pondok berkeluasan 7X9 kaki ini, biasanya boleh mencecah RM 3000 ke RM 3500 ( termasuk upah ) jika menggunakan kayu biasa (jenis kayu merah).
Bagi kayu jati/ meranti kosnya boleh meningkat 3 ke 4 kali ganda kerana kayu tersebut lebih berkualiti dan tahan lama. Apa yang penting dengan sedikit kemahiran, kayu-kayu terpakai dan semangat untuk memberikan keselesan kepada para pelajar pondok-pondok wakaf seperti ini mampu dibina disetiap sekolah dengan syarat guru itu haruslah memberikan komitmen yang padu untuk membuatnya. Dua orang guru iaitu Cikgu Nurul Aminah dan Cikgu Jamilah Naemat telah menawarkan diri untuk menyumbangkan tikar getah dan carpet sementara Cikgu Samsul pula telah menawarkan diri untuk mengeluarkan sumbangan cat bagi mencantikkan pondok wakaf ini. Manakala pekerja swasta sekolah pula telah menawarkan diri untuk mengecat pondok wakaf ini sebagai sumbangan ikhlas mereka kepada pihak sekolah.

Screensaver of Fall Landscapes   Screensaver of Aquatic Landscapes 3D  Screensaver of Coral's Reef